Saturday, 29 August 2015
PERIMETER
Perimeter ialah ukuran panjang keliling sesuatu objek, kawasan, atau rajah
(seperti segi empat, segi tiga dan bulatan). Ia berasal dari perkataan Greek peri (keliling) dan meter (hitung).
Perimeter boleh digunakan sama ada untuk laluan atau panjang. Ia boleh dianggap
sebagai panjang ukur lilit sesuatu bentuk. Perimeter untuk bulatan
dipanggil lilitan.
Mengira Perimeter
Contoh pengiraan perimeter untuk bentuk yang digabungkan :
BENTUK 2 DIMENSI
Definisi :
Dimensi itu melibatkan panjang dan lebar.
Jadi, bentuk dua dimensi (2D) ialah apa-apa bentuk yang
mempunyai panjang dan lebar.
Ciri - ciri :
- Bentuk 2D mempunyai lebar dan panjang.
- Bentuk 2D mempunyai permukaan yang rata.
- Bentuk 2D mempunyai bucu kecuali bentuk bulat
dan bujur.
- Semua bentuk 2D bersisi lurus kecuali bentuk
bulat dan bujur iaitu sisi melengkung.
Antara contoh bentuk 2D :
Segi empat sama

Segi empat tepat.
- 4 sisi
- 2
sisi yang bertentangan adalah sama panjang
- 4
bucu
Bulat.
- mempunyai sisi melengkung
- tidak
mempunyai bucu
Segi tiga.
- 3 sisi
- 2 bucu
Thursday, 27 August 2015
Pengenalan Dan Definisi Bentuk
- Bentuk ialah bentuk yang mengandungi dimensi iaitu
panjang, lebar dan kedalaman. Ia mempunyai permukaan sama ada rata atau
melengkung.
Apakah yang dimaksudkan dengan "bentuk" ?
Secara Umum
Bentuk terdiri kepada dua jenis iaitu :
2 dimensi
3 dimensi
Bentuk memiliki ciri-ciri seperti bucu, permukaan rata,
permukaan melengkung, sisi lurus, sisi lengkung serta panjang dan lebar bagi
sesuatu objek.
Subscribe to:
Posts (Atom)